Verizon Ingin Menjual Sebahagian Daripada Aset Yahoo Dan AOL

Yahoo Inc

Verizon Communications, salah satu syarikat telekomunikasi gergasi di Amerika Syarikat, kini dilaporkan ingin menjual sebahagian aset milik mereka, termasuk Yahoo dan juga AOL.

Sebelum ini, Verizon telah membeli AOL pada 2015 yang lepas, dan seterusnya membeli Yahoo pada 2017 yang lepas.

Verizon sendiri telah menjual beberapa aset mereka sebelum ini, termasuk Tumblr kepada WordPress pada 2019 yang lepas.

Terbaru, dalam proses menyusun semula syarikat mereka, Verizon dilihat ingin menjual sejumlah aset dibawah Yahoo – termasuk Yahoo Mail, selain aset dibawah AOL yang merangkumi sejumlah penerbitan digital seperti Engadget dan Techcrunch.

Untuk makluman, Yahoo dan AOL telah memulakan hidup ketika era awal internet dan lebih mengoptimasikan penawaran untuk pengguna desktop. Kedua-duanya menghadapi cabaran sengit dengan perkembangan arena mudah-alih – sekaligus membuatkan beberapa aset mereka gagal menarik perhatian pengguna.

Dengan laporan baharu ini, sama-sama kita lihat siapakah pemilik baharu Yahoo dan aset lain milik Verizon ini.