Amazon merupakan sebuah syarikat edagang gergasi, yang sedia bereksperimen dengan kedai runcit berteknologi sebelum ini. Menariknya, selain untuk pembelian barangan, kini Amazon turut telah membuka sebuah salun rambut dengan integrasi sejumlah teknologi di London.
Melalui salun rambut ini, pengguna boleh membuat semakan gaya rambut terlebih dahulu melalui aplikasi realiti-terimbuh (AR) khusus, sebelum memilih gaya rambut yang diinginkan.
![](https://amanz.my/wp-content/webp-express/webp-images/uploads/2021/04/Amazon-Salon-03-950x737.jpeg.webp)
Disamping itu, pengguna juga turut boleh melakukan pembelian barangan di salunr rambut berkenaan dengan mudah melalui imbasan kod QR.
Amazon diilihat lebih kepada bereksperimen dengan mempertontonkan teknologi mereka kepada umum dalam memudahkan pengguna membuat pilihan berkaitan dunia fesyen dan gaya diri.
![](https://amanz.my/wp-content/webp-express/webp-images/uploads/2021/04/Amazon-Salon-02-950x737.jpeg.webp)
![](https://amanz.my/wp-content/webp-express/webp-images/uploads/2021/04/Amazon-Salon-01-950x737.jpeg.webp)
Buat masa ini, Amazon tiada perancangan untuk membuka salun rambut ini di lokasi lain, dan salun ini memfokuskan pekerja Amazon terlebih dahulu, dan dijangka akan dibuka secara terhad kepada orang lain.